Remaja hari ini

Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok. Tetapi mereka dikenali kerana keberanian mereka. Akibat keberanian mereka, ramai remaja memasuki ke dalam aktiviti- aktiviti berbahaya. Ibu bapa serta keluarga memainkan peranan besar ke atas pelajar.  Remaja memerlukan perhatian dari ibu bapa mereka. Mungkin remaja-remaja menjadi lebih “extreme” kerana kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.  Sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengisi masa remaja. Dengan itu remaja tidak memasuki dalam aktiviti-aktivi berbahaya.  Aktiviti seperti pergaduhan kini dikenali dikalangan remaja-remaja hari in. Remaja hari ini juga bersikap biadap. Walau bagaimana pun, remaja juga mempunyai kebaikan.

Dengan menggunakan keberanian mereka, mereka menceburi dalam industri media. Seperti vidio di atas ini, kumpulan ini dianggotai oleh remaja yang berumur daripada 16 hingga ke 21. Dengan itu, remaja tidak harus menyalah gunakan bakat mereka.

 

Wira dalam pertarungan Tuah Jebat

Pada pandangan saya, definisi wira adalah seseorang yang menegakkan keadillan dengan cara apa-apa pun. Pada pendapat saya, saya merasakan bahawa Jebat adalah wira dalam pertarungan  Tuah Jebat kerana dia meneggakkan keadillan.Dia juga adalah seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Dia juga sanggup menentang sehingga 700 orang untuk membunuh Sultan yang memberi hukuman mati kepada Hang Tuah. Sebab taat kepada sultan yang menyalah gunakan ketaattan Hang Tuah, hilang saudara badan binasa. Hang Tuah itu terlalu senang melupakan kesahalan Sultan yang menuduh sesuatu yang mungkin tidak benar tentang dirinya.

Tak kenal maka tak cinta

Haiwan- haiwan seperti beruang panda hampi pupus di dunia ini. Ini disebabkan beruang panda ini tidak melahirkan banyak anak sekali tidak seperti kucing, anjing atau tikus.  Dengan alasan ini, beruang panda hampir pupus di dalam dunia ini.

Cara-cara untuk menyelamatkan haiwan-haiwan ini adalah mengekalkan kewujudan mereka di Taman Haiwan. Dengan cara ini kewujudan Beruang Panda  dapat di kekalkan.

Mereka juga terlalu comel untuk pupus.

surat kiriman tidak rasmi

Nazreena Bte Abdul Kader

Blk 173

Jalan Kayu

#08-128

Singapura 310173

20hb Julai 2009

Menemui sahabat yang diingati selalu

Saudari Nurul Insyirah

Dengan selamatnya

Saudari

            Apa kahbar saudari di sana? Saya berharap saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang menyenangkan. Saya di sini sihat sejahtera. Surat yang saudari kirimkan telah selamat sampai ke tangan saya dan sya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa pertanyaan yang saudari telah kirimkan.

            Singapura telah mengadakan beberapa kempen bagi menyelamatkan bumi ini. Singapura juga mengadakan Hari Bumi ataupun “Earth Day”, di mana para penduduk di Singapura harus mematikan penggunaan elektrik selama satu jam. Singapura juga menngalu-alukan kami supaya mengitar semula barang yang boleh kita dikitar semula.  Di pasar raya pula, kami perlu membayar jika kami menginginkan beg plastik.

            Keluarga-keluarga saya berusaha menyalamatkan bumi ini menyambut Hari Bumi juga kerana kami ingin membantu menyelamatkan bumi ini. Kami mengurangkan penggunaan elektrik. Selain daripada menggunakan alat hawa dingin, kami menggunakan kipas. Dengan cara begini, bukan sahaja kita boleh mengurangkan bill elektrik, kita juga boleh membantu menyelamatkan  bumi daripada pembinasaan alam.

             Itu sahajalah yang dapat saya kongsi bersama saudara untuk kali ini. Sambutlah salam sejahtera daripada saya dan harapan saya agar saudari mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang menjelang. Sehingga bertemu lagi di warkah yang lain.

 

 

Yang ikhlas

Nazreena Bte Abdul Kader

maafkan aku

Manik-manik air mata membasahi pipiku. Aku melihat gambar yang aku simpan. Gambar ini mengingatkan aku kenangan silam yang pahit dan yang manis yang tidak dapat ku lupakan.

Aku mempunyai seorang sahabat karib. Dia  sering mendengar masalah aku dan menasihati aku. Persahabatan kami bak kata perpatah bagai isi dan kuku. Kami jarang bertengkar malah kami sering meluangkan masa bersama. Namanya Ika. Dia insan yang paling aku sayangi dan hormati kerana aku tidak mempunyai sesiapa lagi setelah kematian kedua ibu bapaku.

Pada sesuatu ketika, aku mendapat surat yang tidak aku duga.  Ia menagatakan bahawa aku telah diterima untuk bekerja di Amerika. Dengan gembira aku menemui Ika. Bila aku memberitahunya, di memberi kata-kata yang tidak aku duga.

“Kalau engkau masih sahabat aku, engkau jangan pergi. Kalau engku tetap pergi, sampai disini sahajalah persahabatan kita.”

Aku bingung dengan kata-katanya bukankah dia sepatutnya ingin yang terbaik untuk aku. Aku tetap berkeras kepala lalu pergi. Walaupun hati aku pedih dan gelisah, tetapi ini adalah masa depan aku.

Aku berada di Amerika selama tiga tahun sebelum aku pulang. Surat yang aku kirimkan kepada Ika tidak terbalas. Setelah aku pulang ke rumah, aku mendapatkan khabar yang memeranjat aku. Muka pucat seperti kertas. Aku mendapat tahu bahawa Ika sudah setahun meninggal. Ibunya memberikan aku sepucuk surat kepadaku.

“Untuk sahabatku yang tersayang,

Aku merinduimu. Aku berharap kita dapat bertemu lagi tetapi aku tidak rasa begitu. Aku menghidapi barah otak. Kerana itu aku ingin meluangkan masa bersama engkau sebelum aku pergi. Aku bagi engkau, aku manusia yang paling mementingkan diri sendiri tetapi aku tidak mempunyai pilihan. Masaku telah terhad. Aku harap engkau memaafkan aku.

Ika”

Air mataku tidar terhenti-henti mengalir. Aku merasakan bahawa aku telah membuat kesalahan yang paling besar. Sampai kini, aku tetap merasakan bahawa aku bersalah.

“Maafkan aku Ika, maafkan aku..”

Jasa ibu

Ibu adalah orang yang paling aku hormati selain daripada ayah dan orang-orang yang lebih dewasa daripadaku. Ini kerana mereka mengangkat beban yang lebih banyak. Ada ibu yang menjadi suri rumah tetapi ada yang bekerja di siang hari atau waktu malam dan menjaga anak mereka di waktu malam atau  siang hari.

Banyak pengorbanan ibu yang tidak terbalas. Tetapi aku tidak faham mengapa ada sebahagian anak- anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Mereka bak kata pepatah bagai isi lupakan kuku kerana ada yang menjadi sombong dan melupakan jasa baik ibu bapa mereka.

Kita tidak sepatutnya meraihkan hari ibu pada masa yang tertentu. Bagiku, kita boleh meraihkannya  setiap hari kerana ibu adalah seperti bidadari setiap anak.

surat kiriman binaan ajaib

Nur Athirah Bte Hussain

blk 602 Jalan bunga #07-60 

Singapura 620602

27 Mac 2009

Menemui sahabat yang diingati selalu

saudari Sartini semoga tekun menghadapi pelajaran

Saudari,

Apa khabar saudari. Di dalam surat kiriman ini, saya akan mengenalkan satu binaan ajaib iaitu Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.

China merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lama, kebudayaan cemerlang dan kaya dengan sumber pelancongan. 29 Warisan Alam dan Warisan Budaya Dunia yang wujud di China memperlihatkan kecerdikan dan kerajinan rakyat China. Jumlah Warisan Dunia yang wujud di China itu menempati kedudukan ke-3 di dunia. Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara “7 keajaiban dunia”. Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer. 

Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.

Terima kasih kerana membaca surat ini dan saya berharap saudari boleh membalas surat kiriman saya. Semoga kita boleh mengirim surat kepada masing-masing lagi.

Yang ikhlas,

Athirah

Pangillan aneh

Kedangaran bunyi cengkerik yang bersuara. Bunyi guruh yang  mula berdentam-dentum. Aku terasa dahaga lalu ke dapur dan mengeluarkan gelas. Aku memasukkan ketulan air batu  ke dalam gelas lalu menuang air ke dalam gelas tersebut. Hujan turun sebaik sahaja guruh berbunyi. Telefon mula berdering.  Aku terdengar bunyi guruh di dalam panggilan itu namun tiada sesiapa yang sedang berbual. Begitu seram sekali.

Peluasan ayat

 images3Lif berhenti secara mendadak. Degupan jantungku berdegup kencang.Aku ingin teriak untuk diselamatkan tetapi tidak di dengar sesiapa. Air mata mula membasahi pipiku. Fikiranku kusut bagai benang- benang kegelisahan. Aku takut.

Seronoknya menari!

                                                   images1

Menggerakkan badan mengikut alunan muzik salsa  sungguh menyeronokkan. Sebaik sahaja muzik dimainkan, bahagian pinggang, pinggung dan kaki akan mula bergerak dalam kerancakan rentak tarian salsa yang sungguh mempesona. Salsa juga berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh dan boleh menurunkan berat badan. Menari juga adalah satu senaman tubuh yang paling ideal buat wanita mahupun lelaki. Kajian turut menunjukkan aktiviti fizikal yang kerap dilakukan boleh menyihatkan badan termasuk otak. 
Menari secara umumnya termasuk salsa bukan semata-mata satu hiburan. Sebaliknya jika diteliti lebih mendalam, ia juga merupakan satu cara untuk membantu mengurangkan tekanan, memperbaiki kekuatan diri dan meningkatkan tenaga dan kekuatan otot-otot badan.

« Older entries
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.