Nur Athirah Bte Hussain
blk 602 Jalan bunga #07-60
Singapura 620602
27 Mac 2009
Menemui sahabat yang diingati selalu
saudari Sartini semoga tekun menghadapi pelajaran
Saudari,
Apa khabar saudari. Di dalam surat kiriman ini, saya akan mengenalkan satu binaan ajaib iaitu Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.
China merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lama, kebudayaan cemerlang dan kaya dengan sumber pelancongan. 29 Warisan Alam dan Warisan Budaya Dunia yang wujud di China memperlihatkan kecerdikan dan kerajinan rakyat China. Jumlah Warisan Dunia yang wujud di China itu menempati kedudukan ke-3 di dunia. Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara “7 keajaiban dunia”. Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer.
Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.
Terima kasih kerana membaca surat ini dan saya berharap saudari boleh membalas surat kiriman saya. Semoga kita boleh mengirim surat kepada masing-masing lagi.
Yang ikhlas,
Athirah