Archive for June 2, 2009

maafkan aku

Manik-manik air mata membasahi pipiku. Aku melihat gambar yang aku simpan. Gambar ini mengingatkan aku kenangan silam yang pahit dan yang manis yang tidak dapat ku lupakan.

Aku mempunyai seorang sahabat karib. Dia  sering mendengar masalah aku dan menasihati aku. Persahabatan kami bak kata perpatah bagai isi dan kuku. Kami jarang bertengkar malah kami sering meluangkan masa bersama. Namanya Ika. Dia insan yang paling aku sayangi dan hormati kerana aku tidak mempunyai sesiapa lagi setelah kematian kedua ibu bapaku.

Pada sesuatu ketika, aku mendapat surat yang tidak aku duga.  Ia menagatakan bahawa aku telah diterima untuk bekerja di Amerika. Dengan gembira aku menemui Ika. Bila aku memberitahunya, di memberi kata-kata yang tidak aku duga.

“Kalau engkau masih sahabat aku, engkau jangan pergi. Kalau engku tetap pergi, sampai disini sahajalah persahabatan kita.”

Aku bingung dengan kata-katanya bukankah dia sepatutnya ingin yang terbaik untuk aku. Aku tetap berkeras kepala lalu pergi. Walaupun hati aku pedih dan gelisah, tetapi ini adalah masa depan aku.

Aku berada di Amerika selama tiga tahun sebelum aku pulang. Surat yang aku kirimkan kepada Ika tidak terbalas. Setelah aku pulang ke rumah, aku mendapatkan khabar yang memeranjat aku. Muka pucat seperti kertas. Aku mendapat tahu bahawa Ika sudah setahun meninggal. Ibunya memberikan aku sepucuk surat kepadaku.

“Untuk sahabatku yang tersayang,

Aku merinduimu. Aku berharap kita dapat bertemu lagi tetapi aku tidak rasa begitu. Aku menghidapi barah otak. Kerana itu aku ingin meluangkan masa bersama engkau sebelum aku pergi. Aku bagi engkau, aku manusia yang paling mementingkan diri sendiri tetapi aku tidak mempunyai pilihan. Masaku telah terhad. Aku harap engkau memaafkan aku.

Ika”

Air mataku tidar terhenti-henti mengalir. Aku merasakan bahawa aku telah membuat kesalahan yang paling besar. Sampai kini, aku tetap merasakan bahawa aku bersalah.

“Maafkan aku Ika, maafkan aku..”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.