Nazreena Bte Abdul Kader
Blk 173
Jalan Kayu
#08-128
Singapura 310173
20hb Julai 2009
Menemui sahabat yang diingati selalu
Saudari Nurul Insyirah
Dengan selamatnya
Saudari
Apa kahbar saudari di sana? Saya berharap saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang menyenangkan. Saya di sini sihat sejahtera. Surat yang saudari kirimkan telah selamat sampai ke tangan saya dan sya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa pertanyaan yang saudari telah kirimkan.
Singapura telah mengadakan beberapa kempen bagi menyelamatkan bumi ini. Singapura juga mengadakan Hari Bumi ataupun “Earth Day”, di mana para penduduk di Singapura harus mematikan penggunaan elektrik selama satu jam. Singapura juga menngalu-alukan kami supaya mengitar semula barang yang boleh kita dikitar semula. Di pasar raya pula, kami perlu membayar jika kami menginginkan beg plastik.
Keluarga-keluarga saya berusaha menyalamatkan bumi ini menyambut Hari Bumi juga kerana kami ingin membantu menyelamatkan bumi ini. Kami mengurangkan penggunaan elektrik. Selain daripada menggunakan alat hawa dingin, kami menggunakan kipas. Dengan cara begini, bukan sahaja kita boleh mengurangkan bill elektrik, kita juga boleh membantu menyelamatkan bumi daripada pembinasaan alam.
Itu sahajalah yang dapat saya kongsi bersama saudara untuk kali ini. Sambutlah salam sejahtera daripada saya dan harapan saya agar saudari mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang menjelang. Sehingga bertemu lagi di warkah yang lain.
Yang ikhlas
Nazreena Bte Abdul Kader